Skitrip Di Mount Ruapehu
Walaupun dah lama skitrip berlalu, tapi rasanya tak terlambat untuk share pengalaman yang sangat best masa skitrip aritu. Perjalanan naik ke Mount Ruapehu. Salji di tepi jalan. Awan berkepul-kepul rendah seperti kapas.
SubhanaAllah. Tak nampak mana tanah. Ditenggelami dengan salji.
Naik chairlift yang pertama. Ada yang dah sampai, sedang menikmati salji yang putih. Bestkan kalau hati kita sebersih salji, tiada titik hitam dan prasangka.
Naik chairlift yang kedua. Ke arah puncak tertinggi, ustaziatul Alam. InsyaAllah.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah (penat). (Surah Al-Mulk : 3-4)
Perhentian last selepas chairlift kedua. Rehatkan diri dengan pemandangan salji dan coffee panas.
Cuba cari di mana kami. Ghuraba' di kalangan manusia.
Tersusun. Ingin menyusun manusia seperti ini. Seperti bangunan yang kukuh, bangunan Islam.
Perjalanan turun semula ke perhentian pertama. Alhamdullilah ada peluang rasa salji turun.
Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
(Surah An-Nur : 43)
Alhamdullilah, skitrip kali ini mengajar saya bertapa Allah sahajalah yang berkuasa.
Boleh saja Allah tetapkan ski area tutup
Boleh saja Allah tidak turunkan salji
Tak dapat rasa salji yang turun
Boleh saja sesat, si penunjuk jalan tersalah melihat peta
Apa-apa saja boleh terjadi, mengganggu kelancaran, mentarbiyah diri
Tapi Allah permudahkan segalanya
Mungkin ini rezeki adik-adik, rezeki kami semua
Alhamdullilah, syukur tidak terhingga
Ya Allah, bersihkan niat kami, terimalah amalan kami
Pokok
Kat balkoni rumah..daun-daun pokok kecil mula tumbuh bercambah di atas tanah yang kering
Macam dah nak spring je
Tapi kenapa sejak akhir-akhir ni cuaca makin sejuk ye
Belum spring lagi la kot, mungkin sekarang masih winter lagi
Tapi walaupun suhu sejuk dan angin pun kuat
Tumbuhan kat luar tu berjaya tumbuh juga
Mungkin dengan keadaan sukar macam tu barulah pokok yang terpilih tumbuh
Pokok yang betul-betul kuat daya ketahanannya
Dan bila pokok yang hebat ni tumbuh
Dia mengeluarkan daun dan bunga yang cantik
Bercambah indah
Mengagumkan si pelihatnya
Oo..kesimpulannya
Kena ada suasana yang sukar dulu
Barulah hidupnya pokok yang berkualiti tinggi, hebat daya ketahanan
Samalah dengan seorang manusia
Dengan keadaan sukar barulah seorang manusia tu jadi hebat
Dengan ujian yang berat barulah dia menjadi manusia yang pandai membawa diri
Matang dalam bertindak
Dipandu Allah dengan ilham yang turun di hati dan pengalaman yang banyak di dada
Jom kita jadi pokok yang hebat macam tu..hehe
P/S: saya memang suka buat cerita pasal pokok

Subscribe to:
Posts (Atom)