"Takutlah akan dosa kamu lebih dari musuh kamu kerana dosa kamu lebih merbahaya kepada kamu dari musuh kamu. Kita, orang-orang yang beriman akan hanya memperoleh kejayaan ke atas musuh kita kerana dosa mereka lebih besar dari kita, bukan di atas sebab lain. Jika dosa kita sama dengan dosa musuh, maka mereka pasti akan dapat menyalahkan kita kerana jumlah mereka yang ramai dan sumber mereka lebih banyak"
Saad meneruskan peperangan dan berpegang kepada nasihat khalifahnya. Selepas empat hari peperangan berlaku, tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam.
Pesanan yg menarik
Jadi, sekarang ni kita, orang Islam masih lagi tak berjaya
Islam bukan sahaja tak naik-naik, tapi dipijak-pijak ditindas
Sebab dosa sendiri masih lagi menimbun
Lupa matlamat hidup
Meng'idola'kan benda-benda dunia
Ingat Allah masa susah sahaja
Banyak lagi
Tapi kita tak boleh bergoyang kaki macam ni
Islam perlu dikembalikan kegemilangannya
Tugas siapa ni yer?
Tugas kita la, syabab-syabab (pemuda-pemuda)
Yang punya banyak tenaga, yang kreatif produktif, yang berani, yang berfikir
Boleh tak? Boleh kan...apa guna tubuh yang sihat tu
Apa guna otak yang cerdik tu
Apa guna punya wang
InsyaAllah BOLEH!