Pesanan Khalifah Umar Al-Khattab Kepada Panglima Perangnya

Ketika Perang Qadisiyyah menentang tentera Parsi, Khalifah Umar Al-Khattab yang memegang tonggak pemerintahan kerajaan Islam ketika itu menasihati panglima tenteranya Saad ibn Abi Waqqas (RA):

"Takutlah akan dosa kamu lebih dari musuh kamu kerana dosa kamu lebih merbahaya kepada kamu dari musuh kamu. Kita, orang-orang yang beriman akan hanya memperoleh kejayaan ke atas musuh kita kerana dosa mereka lebih besar dari kita, bukan di atas sebab lain. Jika dosa kita sama dengan dosa musuh, maka mereka pasti akan dapat menyalahkan kita kerana jumlah mereka yang ramai dan sumber mereka lebih banyak"


Saad meneruskan peperangan dan berpegang kepada nasihat khalifahnya. Selepas empat hari peperangan berlaku, tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam.


Pesanan yg menarik

Jadi, sekarang ni kita, orang Islam masih lagi tak berjaya

Islam bukan sahaja tak naik-naik, tapi dipijak-pijak ditindas

Sebab dosa sendiri masih lagi menimbun

Lupa matlamat hidup

Meng'idola'kan benda-benda dunia

Ingat Allah masa susah sahaja

Banyak lagi

Tapi kita tak boleh bergoyang kaki macam ni

Islam perlu dikembalikan kegemilangannya

Tugas siapa ni yer?

Tugas kita la, syabab-syabab (pemuda-pemuda)

Yang punya banyak tenaga, yang kreatif produktif, yang berani, yang berfikir

Boleh tak? Boleh kan...apa guna tubuh yang sihat tu

Apa guna otak yang cerdik tu

Apa guna punya wang

InsyaAllah BOLEH!

0 comments: