Semangat itu (untuk diri dan kawan-kawan di sini)

Semangat itu datang dan pergi
Pabila semangat itu tinggi menggunung
Semua perkara jadi seperti mudah
Sebut sahaja daurah di mana
Sanggup pergi tanpa banyak bicara

Namun bila semangat itu lari
lari meninggalkan diri
mula alpa
tangan mula gatal
laman web itu dan ini
badan mula berat
seperti mahu menggerakkan batu besar
susah dan payah
alasan-alasan diutarakan
semua nampak negatif

tapi kita perlu ingat
adakah di jalan ini kerana semangat semata
TIDAK kawan-kawan!
bukan kerana semangat semata-mata
tapi KEFAHAMAN
kerana faham kenapa, bagaimana, bila
kita bergerak
jadi janganlah futur, janganlah leka
kita tidak punya masa lagi

nak naikkan semangat itu kembali
mudah sahaja
cuba baca semula sejarah sahabat-sahabat
Khubaib Ady
Salahuddin Al Ayyubi
baca Perang Uhud dan Ahzab dalam Raheeq Makhtum
Baca Al Quran, fahami ayat Surah Al-Insan
Syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa
ISTIQAMAH yang menyebabkan nabi beruban dalam Surah Hud
banyak lagi cara
tengok video ISK sekali lagi
mesti semangat semula
tak susah, senang sajakan

SELAMAT BERISTIQAMAH

0 comments: