Untuk saya, kamu dan kamu



Lagi nak exam ini, lagi banyak pula yang ingin dicoretkan

Sengaja ingin berkongsi satu ayat best

Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama)Nya bagi orang yang kembali (kepada-Nya) (Asy-Syura : 13)


Allah nakkan kita berusaha untuk mendapat hidayahNya
kena ada effort untuk mendapatkan cahayaNya
bukan dengan hanya duduk dan mendengar
bukan hanya dengan free of charge, tidak mengeluarkan duit
bukan dengan selesa katil tidur
tiada juga istilah 'Allah tak memilih aku'

Teringat sahabat nabi yang pertama dicover dulu-dulu
Salman Al Farisi bersungguh-sungguh inginkan hidayah dan kebenaran
dari seorang ke seorang penyuluh kebenaran yang lain
Salman tetap setia..
Dia tak memilihkan
sebab kebenaranlah yang dia nak, bukan penyuluh kebenaran yang dia lihat
berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain
Dan akhirnya Allah pertemukan dia dgn Nabi Muhammad
sangat gembira dan bersyukur
perjalanannya jauh..

Kisah Salman Farisi sangat penuh ibrah dan mutiara yang perlu dikutip
kesungguhannya...
effort dan istiqamah..
teguh pendirian

wah...saya risau
tidak sehebat Salman Farisi
titik.

himmah roller coaster?

I'm maintaining my himmah

wassalam

muhasabah setiap langkah

Kata-kata penyuluh jalanku

Bila iman naik tinggi, rasa Allah sangat dekat, rasa perlindungan Allah menyelimuti

Bila iman turun, Allah sebenarnya dekat, cumanya dalam konteks Allah menegur

Dengan cara Dia menjawab perbuatan kita

Mungkin ada masa kita mulakan hidup dengan benda/niat yang tak baik

Dan mungkin ada satu hari macam-macam perkara berlaku, hari yang dasyat

Yakinlah Allah itu dekat, Dia membelai, menegur kita,

segala yang berlaku pada hari itu sebenarnya supaya kita tersedar

supaya muhasabah

bertaubat

pembaris luruskan niat

...

Perasaan bercampur baur

Tak terkata rasa di hati

Bagaimana nak tangani

Banyakkah amal, banyakkah saham

Risau..

Persiapan sudah cukup?

Takut tak cukup kuat di sana nanti


"Siapa yang berpagi-pagian tanpa mengambil berat hal ehwal umat Islam, dia bukanlah dari golongan mereka" (hadis)

...

Kesabaran tiada limit

Baik sangka pada Allah to the maximum

Himmah (semangat) yg sentiasa tinggi



Mampukah aku...puasa kali ni terasa sgt mecabar...

Al A'raf 175-176



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al A'raf 175:176)



Ayat 175

Jom tengok ayat ni

Allah ceritakan kisah manusia yg Allah dah beri hidayah dan pengetahuan ttg ayatNya,

namun dia melarikan diri dari ayat itu, cenderung kpd dunia dan ikut hawanya

Allah umpamakan dia seperti anjing dgn lidah terjelir, mengah

Astaghfirullah, dasyatnya....takut dgn amaran ni

kalau nilai dari segi bahasa Arabnya, ayat-ayat kami (آيَاتِنَا) sebenarnya bukanlah hanya ayat-ayat Quran sahaja

Allah maksudkan آيَاتِنَا dgn apa sahaja yg membuatkan seorg manusia dapat faham dgn lebih pada agama

faham dgn lebih pada tanggungjawabnya

pada tugasnya dijadikan di dunia

apa yg boleh buat manusia faham?

boleh jadi ayat alQuran..

boleh jadi pada ayat lembut di blog-blog

pada pemandangan semulajadi di NZ ni

boleh jadi dgn mendengar kisah-kisah sahabat nabi yg semuanya hebat2 belaka

kisah Mus'ab bin Umair yg punya tekad baja, tekad yg menumbuhkan tunas2 Islam di tanah Madinah

kisah sape lagi?

boleh jadi manusia tersentuh hatinya dgn melihat tingkah laku ANDA

itulah آيَاتِنَا

byk آيَاتِنَا ni, bukanlah hanya seperti yg kita faham dr quran terjemahan iaitu ayat-ayat Kami (ayat-ayat Quran)


Dan juga Allah kate, once manusia yg faham td tu nak keluar (فَانْسَلَخَ) dari melaksanakan kefahamannya, TERUS syaitan mengikutnya

seperti analogi seorg budak yg keluar dr pintu rumah, terus diterkam serigala yg menunggu dgn perasaan terlalu LAPAR di luar pintu..

Syaitan ni betul-betul lapar dgn kita, nak SANGAT-SANGAT pada kita

فَانْسَلَخَ itu bila lihat dalam maksud dr bahasa Arabnya

maksudnya keluar senyap-senyap seperti keluarnya ular dr kulitnya semasa ia bersalin kulit

keluar senyap-senyap, tahu-tahu budak tu sudah pun berada diluar rumah

tanpa sapa-sapa sedari

perlahan-lahan...


Ayat 176

Allah kata sebenarnya Allah nak menaikkan darjat manusia faham td dgn ayatNya

bukanlah utk menyusahkannya

tp nak muliakannya

darjat yg tinggi di sisi Allah, best tu

bukan senang manusia biasa macam KITA nak ada peluang ditinggikan darjat

huh

"tapi susahkan nak istiqamah dalam melaksanakan tugas ini dan perintahNya"

jom reflek usia dunia dgn usia akhirat

average usia kita 63 tahun bahagi infinity,

jawapannya 0

usia dunia terlalu sekejap...

kalau boleh kita tak nak pencipta kita samakan kita dgn anjing

bukan anjing itu hina dan sebagainya

cumanya manusia yg dimuliakan Allah dgn tugas khalifah dah didowngradekan

sedih


Ya Allah, terus kuatkan aku, keluargaku dan kami semua

ramadhan itu skolah tarbiyyah



jzkk khair cik H atas sharing poster :)

A.L.A.T

Terawih itu alat
Tadarus itu alat

Iftar itu alat
Ramadhan itu sendiri alat

Allah dah bagi byk peluang, banyak alat

Mcm mane nak gune tu??

diam-diam berkarat?




kata-kata adik yg brkunjung ke rumah ku hari ni buat aku berfikir jauh

"diam-diam ubi berisi" katanya

"memang bagus berisi, itu yg kita nak" monolog aku dlm hati

"diam-diam anai-anai tu, tetibe je almari dah pon runtuh" katanya lg

"itu lah cara kita, bagus2" monolog aku

"diam-diam berkarat.." seloroh adik

"huh, diam-diam berkarat?" dush terkena sebijik ke kepala



di waktu exam ni, mnusia mahu menumpukn pada pelajaran

diam-diam di rumah @ library @ uni

namun risau juga

sedang ber'diam-diam' tu, sebenarnya proses pengaratan sedang berlaku

karat merebak sikit demi sedikit

KARAT-KARAT PADA HATI

karat-karat jahiliyah yang datang dan datang, susah untuk pergi

di waktu exam lagilah...hati gundah gulana, tangan mencari-cari penenang hati

risau penenang itu penenang yg salah

penenang melalaikn dr megingati Allah


"astagfirullah"


TARIK, TARIK

The glorified names - Benammi


Daie Semut

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (27:18)


Semut sedar masyarakat semut lain dalam bahaya
Derapan-derapan kaki kedengaran dekat
'Nabi Sulaiman dan bala tenteranya akan sampai ke sini'


Semut cemas, hatinya gundah
Risau tak terkata..



'Aku perlu ingatkan semut yg lain, sebab aku sahaja sedar yang mereka semua sebenarnya dalam bahaya'


Cepat! cepat!
Jaga-jaga!
Kamu semua dalam bahaya!
Cepat masuk dalam sarang-sarang
Cepat masuk kalau nak diri selamat!



Proaktifnya semut
Tak perlu disuruh sudah pun menjalankan tugasnya
Dia tahu
jika bukan dia yang menjerit memberi peringatan
semut-semut lain akan mati..


Semut tak segan
sangat berani
Ada semut tu risau dirinya tak cukup hebat bercakap
tak cukup matang lagi
tak cukup ILMU
tak cukup kedudukan di mata masyarakat
ada?


Tak da kan....


Jom ambil iktibar dari semut kecil yang selalu kita pijak-pijak
dia dijadikan Allah sebagai menyindir sinis diri kita yang lemah
menegur kita di kala kita lupa

jangan marah


monolog

'akk dh berjaya capai salah satu aim yg akk janji dgn korg tahun lepas'

'yeke kak, sy pon sama, sy dh capai jugak salah satu'

'yeke, bagusnya..alhamdullilah'


rindu pada kalian, moga kita terus tsabat

monolog



autumn sudah pun menunjukkan kesejuknnya

seolah2 nak masuk winter dah ni

musim grad sudah pun berakhir

tiap hari penuh dgn aktiviti best

terisi

tidak terbiar hendaknya

:)

interesting findings just for u

Watch both short videos, you'll be surprised if you muslim still didn't realise these things up until now




mandu



"i can't believe she drives!" kata pakcik di suatu kedai di bangunan F

Alhamdullilah..syukur padaNya sahaja

walaupun hanya auto :)

manusia yg 'terpaksa' kadang2 mampu melakukan apa shj

'terpaksa' kerana perlu drive

alhamdullilah, syukur kepada Allah

semoga setiap perjalanan terus selamat dalam jagaan Mu

tarbiyyah Nya mmg hebat

-hanya berkongsi-

THINK BIG



orang islam kena berpikiran besar-besar, pikir jauh-jauh skit ye

...

bila bukak blog ini
bukan setakat habuk, sawang pun ada
ish ish ish nisa
jadi individu muslim yang tersusun skit boleh diri?


S.E.D.A.N.G. B.E.R.U.S.A.H.A :)

Jari-jari KITA


semakin ramai mereka yg datang ke sini
tangan yang ingin menyambut mereka
tangan-tangan yang diharapkan
teruskan kembali sihat semula..jangan lagi sakit
take your time yer

tangan-tangan yg agak berumur..dua tiga empat tahun umur
teruskan tersusun
teruskan kuat..jangan penat
kalau kamu jatuh pastinya akan hilang bangunan yang ingin dibina
janganlah biarkan masalah hati yang kecil-kecil itu membesar
kita xmampu kehilangan even satu jari
sebab nanti akan wujud lubang kecil di dalam tadahan kalau satu jari sakit
jangan jangan
terus kuat terus teguh yer
rasakan lah kepercayaan yang kuat antara jari-jari
percaya itu penting
berterus terang apa di hati itu pun penting

kita perlu terus kuat
kena kuat
kena berstamina tinggi