Al A'raf 175-176



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (Al A'raf 175:176)



Ayat 175

Jom tengok ayat ni

Allah ceritakan kisah manusia yg Allah dah beri hidayah dan pengetahuan ttg ayatNya,

namun dia melarikan diri dari ayat itu, cenderung kpd dunia dan ikut hawanya

Allah umpamakan dia seperti anjing dgn lidah terjelir, mengah

Astaghfirullah, dasyatnya....takut dgn amaran ni

kalau nilai dari segi bahasa Arabnya, ayat-ayat kami (آيَاتِنَا) sebenarnya bukanlah hanya ayat-ayat Quran sahaja

Allah maksudkan آيَاتِنَا dgn apa sahaja yg membuatkan seorg manusia dapat faham dgn lebih pada agama

faham dgn lebih pada tanggungjawabnya

pada tugasnya dijadikan di dunia

apa yg boleh buat manusia faham?

boleh jadi ayat alQuran..

boleh jadi pada ayat lembut di blog-blog

pada pemandangan semulajadi di NZ ni

boleh jadi dgn mendengar kisah-kisah sahabat nabi yg semuanya hebat2 belaka

kisah Mus'ab bin Umair yg punya tekad baja, tekad yg menumbuhkan tunas2 Islam di tanah Madinah

kisah sape lagi?

boleh jadi manusia tersentuh hatinya dgn melihat tingkah laku ANDA

itulah آيَاتِنَا

byk آيَاتِنَا ni, bukanlah hanya seperti yg kita faham dr quran terjemahan iaitu ayat-ayat Kami (ayat-ayat Quran)


Dan juga Allah kate, once manusia yg faham td tu nak keluar (فَانْسَلَخَ) dari melaksanakan kefahamannya, TERUS syaitan mengikutnya

seperti analogi seorg budak yg keluar dr pintu rumah, terus diterkam serigala yg menunggu dgn perasaan terlalu LAPAR di luar pintu..

Syaitan ni betul-betul lapar dgn kita, nak SANGAT-SANGAT pada kita

فَانْسَلَخَ itu bila lihat dalam maksud dr bahasa Arabnya

maksudnya keluar senyap-senyap seperti keluarnya ular dr kulitnya semasa ia bersalin kulit

keluar senyap-senyap, tahu-tahu budak tu sudah pun berada diluar rumah

tanpa sapa-sapa sedari

perlahan-lahan...


Ayat 176

Allah kata sebenarnya Allah nak menaikkan darjat manusia faham td dgn ayatNya

bukanlah utk menyusahkannya

tp nak muliakannya

darjat yg tinggi di sisi Allah, best tu

bukan senang manusia biasa macam KITA nak ada peluang ditinggikan darjat

huh

"tapi susahkan nak istiqamah dalam melaksanakan tugas ini dan perintahNya"

jom reflek usia dunia dgn usia akhirat

average usia kita 63 tahun bahagi infinity,

jawapannya 0

usia dunia terlalu sekejap...

kalau boleh kita tak nak pencipta kita samakan kita dgn anjing

bukan anjing itu hina dan sebagainya

cumanya manusia yg dimuliakan Allah dgn tugas khalifah dah didowngradekan

sedih


Ya Allah, terus kuatkan aku, keluargaku dan kami semua

0 comments: