Hikmah Mendiamkan Diri

Sedang melayari internet, saya terjumpa maklumat menarik berkenaan hikmah mendiamkan diri yang saya rasa menarik untuk saya kongsi bersama.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan diri tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

(Dipetik dari Journal @ Nasyidfm)

Dengan hanya mendiamkan diri sahaja saya dapat melakukan ibadah kepada Allah, masyaAllah hebatkan. Bukan itu sahaja, maruah diri juga terjaga dari aib yang tidak diingini akibat dari tersalah atau terlepas kata atau ketidaksopanan bicara. Berdiam tidak bermaksud kalah dan lemah malah orang yang berdiam diri dek bersabar ketika marah sebenarnya adalah juara dalam sesuatu perdebatan, lebih hebat dalam pengawalan emosi dan lebih dihormati. Mendiamkan diri juga menjadi penghalang dari maksiat mulut seperti dusta, mengadu-domba, mengumpat dan sebagainya. Oleh itu, jika kita tidak bercakap ke arah perkara kebaikan dan mengingati Allah, mendiamkan diri itu adalah lebih baik. Wasalam

0 comments: