Siapa Pembunuh Abu Jahal

Perang Badar bukanlah calang-calang peperangan
Perang itu adalah perang antara anak dan ayah
antara abang dan adik,
antara sahabat baik suatu ketika dahulu,
antara bapa saudara dengan anak saudara sendiri
peperangan antara ahli keluarga

bertapa dahsyat dan specialnya perang ini adalah kerana hebatnya keimanan orang Islam muhajirin dan ansar ketika itu
meletakkan Islam lebih atas lagi dari hubungan darah
meletakkan keredhaan (kepuasan) Allah lebih lagi dari kasih sayang keluarga
peperangan di mana ramai ketua-ketua Quraish mati dibunuh lantas menandakan kemenangan berpihak pada orang Islam bukan sahaja semasa peperangan itu sahaja tapi juga kemenangan selepas peperangan iaitu terhentinya penentangan dari orang kafir Quraish Makkah

Dalam perang inilah, Abu Jahal menemui ajalnya
dibunuh oleh dua orang anak muda ansar Muaz dan Muawwaz
Abu Jahal adalah orang yang hebat tapi kalah oleh dua orang anak muda yang memang menyertai perang Badar kerana mahu membunuh Abu Jahal, orang yang sangat banyak menyakiti nabi..malah keduanya bersaing mahu menjadi orang yang telah membunuh musuh Allah itu

Hebatkan peranan pemuda-pemuda yang faham...macam kita..jadi kita tak boleh cakap kita tidak mampu, tidak layak, sedang kita sebenarnya mampu, boleh melakukan apa sahaja untuk memastikan kalam Allah sampai ke semua hati-hati manusia

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih

Kalau kemahuan tinggi (kuning telur yang mantap - matlamat 51:56 dan 2:30)
apa-apa benda pun boleh jadi alat (putih telur - alat)

Kan?

0 comments: