Kaab bin Malik

Sahabat ini adalah salah seorang sahabat favourite saya di mana ceritanya sangat-sangat memberi impak besar bila dibaca.

Malah, ibrah dari ceritanya masih sukar untuk saya teladani especially kisah ketika beliau 'tercicir' dari perang Tabuk.

Perang Tabuk terjadi ketika musim panas yang teramat kering di Madinah, tanaman dan ternakan berkurangan ketika itu. Perjalanan ke Tabuk yang panjang ditambah lagi buah-buahan yang menjadi di Madinah menyebabkan ianya menjadi ujian yang besar untuk orang Islam keluar menyahut seruan jihad dari Nabi.

Kaab bin Malik sama sekali tidak pernah tertinggal dalam menyertai mana-mana peperangan kecuali perang Tabuk ini. Ketika seruan jihad dikeluarkan, Kaab seperti biasa bersiap untuk ke medan perang. Namun terdetik di hati untuk membatalkannya. Sedang dia terbawa-bawa oleh perasaan ragu-ragunya dalam dirinya, pasukan perang Muslimin telah pun berlalu pergi meninggalkan Madinah. Masih terdetik niat untuk mengejar namun perasaan malas menguasai dirinya. Dengan izin Allah, Kaab tidak mengikuti pasukan Muslimin dalam perang Tabuk.

Situasi itu selalu rasanya berlaku pada diri saya. Tentu sekali ianya pun berlaku pada diri anda juga bukan? Pertimbangan selalu dilakukan dalam setiap pilihan hidup yang kita lalui. Dan juga dalam setiap 'seruan jihad' yang kita dapat saban minggu. Moga Allah sentiasa memandu hati kita untuk sentiasa 'menyahut seruan jihad' tersebut!! baik dalam keadaan mudah ataupun susah!!

Kaab bukanlah calang-calang sahabat kerana dia merupakan ahli Badar yang dijanjikan syurga oleh Allah. Dia merasakan penderitaan dalam hatinya sejak Nabi meninggalkan Madinah. Apabila dia berjalan di Madinah, dilihatnya orang-orang yang tinggal adalah orang-orang yang sama ada diberi keizinan oleh Nabi untuk tidak ikut berperang atau orang-orang yang diketahui munafik dan diragui keislaman dalam hati mereka. Kaab tidak merasakan dirinya berada dalam kedua-dua golongan tersebut.

Kita perlu sentiasa mereflek dalam setiap tindakan kita. Perlu untuk sentiasa berjiwa sensitif terhadap apa-apa yang Allah tunjukkan pada kita dalam kehidupan seharian. Sama seperti Kaab yang melihat sekeliling Madinah lantas terus merasakan penyesalan terhadap tindakannya tidak ikut serta dalam peperangan. Sangat sweet cara Allah mentarbiyyah Kaab dalam perkara yang berat seperti ini. Allah sangat dekat dalam setiap percaturan hidup kita sebenarnya.

to be continued in the next post..

0 comments: