Roda Islam



Sabda Nabi SAW (Tabrani Mu'jam Kabir):
Ketahuilah roda Islam itu berpusing, berpusinglah bersama Islam di mana sahaja ia berpusing


Ketika ia di bawah, setialah dengannya
Ketika ia di zaman kegemilangan, ikutlah ia juga
Beruntunglah orang yang bersama dengannya semasa
ia 'direndah-rendahkan' di mata-mata manusia
Sedang ia sebenarnya 'tinggi'

Nasihat Hassan Al Basri (Tabien)

“Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kalian, dan bukan bererti aku orang yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. sungguh, aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku.”

“Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat pada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan & tidak akan ada orang-orang yang berdakwah di jalan Allah”

Langit itu tetap indah walau di bawahnya tanah sejuk dan dingin



Di sebalik kesusahan itu terselit kemudahan. (Insyirah:5-6)

Bulan Belajar

Jom belajar!!!

Maher Zain-Palestine Will Be Free



The video features the story of a young brave Palestinian girl who never loses hope for a better future despite the harsh realities surrounding her. -www.maherzain.com Awakening Records-

Lirik
Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye

What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Tiket

Setelah dimarahi oleh semua orang (marah sebab sayang, ye saya tau)
Akhirnya dah beli tiket balik..alhamdullilah :)

Semangat itu (untuk diri dan kawan-kawan di sini)

Semangat itu datang dan pergi
Pabila semangat itu tinggi menggunung
Semua perkara jadi seperti mudah
Sebut sahaja daurah di mana
Sanggup pergi tanpa banyak bicara

Namun bila semangat itu lari
lari meninggalkan diri
mula alpa
tangan mula gatal
laman web itu dan ini
badan mula berat
seperti mahu menggerakkan batu besar
susah dan payah
alasan-alasan diutarakan
semua nampak negatif

tapi kita perlu ingat
adakah di jalan ini kerana semangat semata
TIDAK kawan-kawan!
bukan kerana semangat semata-mata
tapi KEFAHAMAN
kerana faham kenapa, bagaimana, bila
kita bergerak
jadi janganlah futur, janganlah leka
kita tidak punya masa lagi

nak naikkan semangat itu kembali
mudah sahaja
cuba baca semula sejarah sahabat-sahabat
Khubaib Ady
Salahuddin Al Ayyubi
baca Perang Uhud dan Ahzab dalam Raheeq Makhtum
Baca Al Quran, fahami ayat Surah Al-Insan
Syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertakwa
ISTIQAMAH yang menyebabkan nabi beruban dalam Surah Hud
banyak lagi cara
tengok video ISK sekali lagi
mesti semangat semula
tak susah, senang sajakan

SELAMAT BERISTIQAMAH

Satu benda yang pasti

The probability of any event to happen = 1 (one to Allah alone)

Buih sementara

Semangat yang menjulang boleh terpadam begitu saja..harapnya kita bukan begitu

Siapa kita

Siapa kita?
Cuba tanya sikit diri


Nak tahu siapa kita?

Kita sebenarnya
cucu Salahuddin Al-Ayyubi, penakluk Baitul Maqdis
cucu Sultan Muhammad Al Fateh, si pembuka Constantinople
keturunan orang yang hebat, orang yang punya pengaruh terhadap dunia
orang yang berfikiran besar
anak singa, bukannya kijang yang jinak

jadi janganlah tindakan TIDAK SERIUS
pemikiran KANAK-KANAK
cita-cita sekecil kumbang
thumuhat rendah
ITU BUKAN KITA

kita orang yang menjadi ketua
kita yang mendahului,
yang menggerakkan
kita pencetus perubahan dalam diri orang lain
penghidup semangat daie sahabat-sahabat


JANGANLAH TERLALU MANJA
janganlah terlalu memikirkan masalah emosi
jangan terlalu berfikir tidak bertindak
JANGAN!

masa sedang bergerak
jahiliyah sedang menular
sesaat KITA berhenti
beribu terkorban

SEMANGAT SIKIT BOLEH!!
DAIE TAK ADA MASA BEREHAT

Al Quran



Al Quran manual diri
semua jawapan permasalahan hidup ada dalam tu
xpercaya?
cuba selidik
cuba tadabbur, hayati
tentu hati akan terpikat dengannya


Hmmm..cuba bayang kalau Al Quran tak diturunkan
Macam mana yer kita?


Kita berjalan dalam gelap..tak ada cahaya

Hmm...

Nasihat Saidina Ali kepada Fatimah Az-Zahrah:

Saidina Ali berkata “Hendaklah kau memiliki harapan dalam menjalani kehidupan ini.. Akan tetapi jangan kau muarakan harapanmu pada manusia.. Sebab harapanmu pada manusia hanya membuatmu kepada para manusia yang hanya bercerita kata manis dan sifat kepura-puraan.. Sedang ketidakperluanmu kepada mereka akan menjadikan harga dirimu terpelihara serta kemuliaanmu kekal abadi


Sahabat..apa yang kau sedang kejar sebenarnya ni..manusia atau Allah?
You know the latter is much much better..

Skitrip Di Mount Ruapehu



Walaupun dah lama skitrip berlalu, tapi rasanya tak terlambat untuk share pengalaman yang sangat best masa skitrip aritu. Perjalanan naik ke Mount Ruapehu. Salji di tepi jalan. Awan berkepul-kepul rendah seperti kapas.



SubhanaAllah. Tak nampak mana tanah. Ditenggelami dengan salji.



Naik chairlift yang pertama. Ada yang dah sampai, sedang menikmati salji yang putih. Bestkan kalau hati kita sebersih salji, tiada titik hitam dan prasangka.



Naik chairlift yang kedua. Ke arah puncak tertinggi, ustaziatul Alam. InsyaAllah.



Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah (penat). (Surah Al-Mulk : 3-4)



Perhentian last selepas chairlift kedua. Rehatkan diri dengan pemandangan salji dan coffee panas.



Cuba cari di mana kami. Ghuraba' di kalangan manusia.



Tersusun. Ingin menyusun manusia seperti ini. Seperti bangunan yang kukuh, bangunan Islam.



Perjalanan turun semula ke perhentian pertama. Alhamdullilah ada peluang rasa salji turun.



Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
(Surah An-Nur : 43)


Alhamdullilah, skitrip kali ini mengajar saya bertapa Allah sahajalah yang berkuasa.
Boleh saja Allah tetapkan ski area tutup
Boleh saja Allah tidak turunkan salji
Tak dapat rasa salji yang turun
Boleh saja sesat, si penunjuk jalan tersalah melihat peta
Apa-apa saja boleh terjadi, mengganggu kelancaran, mentarbiyah diri
Tapi Allah permudahkan segalanya
Mungkin ini rezeki adik-adik, rezeki kami semua
Alhamdullilah, syukur tidak terhingga
Ya Allah, bersihkan niat kami, terimalah amalan kami

Pokok

Kat balkoni rumah..daun-daun pokok kecil mula tumbuh bercambah di atas tanah yang kering
Macam dah nak spring je
Tapi kenapa sejak akhir-akhir ni cuaca makin sejuk ye
Belum spring lagi la kot, mungkin sekarang masih winter lagi
Tapi walaupun suhu sejuk dan angin pun kuat
Tumbuhan kat luar tu berjaya tumbuh juga
Mungkin dengan keadaan sukar macam tu barulah pokok yang terpilih tumbuh
Pokok yang betul-betul kuat daya ketahanannya
Dan bila pokok yang hebat ni tumbuh
Dia mengeluarkan daun dan bunga yang cantik
Bercambah indah
Mengagumkan si pelihatnya
Oo..kesimpulannya
Kena ada suasana yang sukar dulu
Barulah hidupnya pokok yang berkualiti tinggi, hebat daya ketahanan

Samalah dengan seorang manusia
Dengan keadaan sukar barulah seorang manusia tu jadi hebat
Dengan ujian yang berat barulah dia menjadi manusia yang pandai membawa diri
Matang dalam bertindak
Dipandu Allah dengan ilham yang turun di hati dan pengalaman yang banyak di dada
Jom kita jadi pokok yang hebat macam tu..hehe

P/S: saya memang suka buat cerita pasal pokok

Siapa Pembunuh Abu Jahal

Perang Badar bukanlah calang-calang peperangan
Perang itu adalah perang antara anak dan ayah
antara abang dan adik,
antara sahabat baik suatu ketika dahulu,
antara bapa saudara dengan anak saudara sendiri
peperangan antara ahli keluarga

bertapa dahsyat dan specialnya perang ini adalah kerana hebatnya keimanan orang Islam muhajirin dan ansar ketika itu
meletakkan Islam lebih atas lagi dari hubungan darah
meletakkan keredhaan (kepuasan) Allah lebih lagi dari kasih sayang keluarga
peperangan di mana ramai ketua-ketua Quraish mati dibunuh lantas menandakan kemenangan berpihak pada orang Islam bukan sahaja semasa peperangan itu sahaja tapi juga kemenangan selepas peperangan iaitu terhentinya penentangan dari orang kafir Quraish Makkah

Dalam perang inilah, Abu Jahal menemui ajalnya
dibunuh oleh dua orang anak muda ansar Muaz dan Muawwaz
Abu Jahal adalah orang yang hebat tapi kalah oleh dua orang anak muda yang memang menyertai perang Badar kerana mahu membunuh Abu Jahal, orang yang sangat banyak menyakiti nabi..malah keduanya bersaing mahu menjadi orang yang telah membunuh musuh Allah itu

Hebatkan peranan pemuda-pemuda yang faham...macam kita..jadi kita tak boleh cakap kita tidak mampu, tidak layak, sedang kita sebenarnya mampu, boleh melakukan apa sahaja untuk memastikan kalam Allah sampai ke semua hati-hati manusia

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih

Kalau kemahuan tinggi (kuning telur yang mantap - matlamat 51:56 dan 2:30)
apa-apa benda pun boleh jadi alat (putih telur - alat)

Kan?

Tengah buat apa sekarang?

Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat akan tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala (sesuatu) yang kecil mahupun yang besar (semuanya) tertulis.(Ar-Rahman 52-53)


Sudah terang lagi bersuluh, segala amalan kita akan dicatat. SEGALA. Segala lintasan hati, segala niat, segala pergerakan, segala pemikiran pada masa tu, SEGALANYA.

Malunya di akhirat nanti kalau segala percakapan, perbuatan, LINTASAN HATI kita ditunjukkan kepada semua, di depan Allah, Nabi Muhammad, di depan Saidina Abu Bakar, Saidina Umar...ramai lagi, mana hendak diletakkan muka

Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tidak ada perbicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tidak ada lima orang, melainkan Dialah yang keenamnya. Dan tidak ada yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia pasti ada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Al-Mujadilah 7)


Sekarang pun Allah tengah lihat apa yang kita lakukan. Hmm, tengah buat apa tu?

Dunia telah datang kepadaku

Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW berjalan melewati pasar sementara orang-orang berjalan di kanan kiri beliau. Beliau melewati seekor anak kambing yang telinganya kecil dan sudah menjadi bangkai. Beliau lalu mengangkatnya dan memegang telinganya, seraya bersabda : “Siapa diantara kalian yang mau membeli ini dengan satu dirham (saja)?”. Mereka menjawab, “Kami tidak mau membelinya dengan apapun. Apa yang kami bisa perbuat dengannya?” Kemudian beliau SAW bertanya, “Apakah kamu suka ia menjadi milikmu?”. Mereka menjawab, “Demi Allah, seandainya ia hidup ia adalah aib (cacat), ia bertelinga kecil, apalagi setelah ia menjadi bangkai?”. Maka beliau SAW bersabda, “Demi Allah, dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai ini dalam pandangan kalian.” (HR Muslim).

Sahal Ibn Sa’ad as-Sa’idi ra meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Seandainya dunia itu ada nilainya disisi Allah bahkan seberat sayap nyamuk sekalipun, tentu Dia tidak akan sudi memberi minum pada orang kafir meskipun seteguk air.” (HR Tirmidzi, shahih).


Dunia itu tidak bernilai langsung pada mata Allah
Hinggakan lebih hina dari kehinaan bangkai kambing kepada tuannya



Pastu kenapa pula kita mengejar dunia, sedang ia hina
Kenapa mengejar sangat pakaian yang cantik,
Makanan yang enak, byk lagi benda dunia
Rasanya yang membaca lebih arif dari yang menulis
Segulung ijazah pun adalah dunia kalau tidak tahu apa
tujuan mendapatkannya
Kehidupan selesa di bilik itu dunia kalau berlebih-lebihan

Ada ke sahabat dahulu membina rumah yang besar untuk keselesaan diri
Said bin Amir, seorang gabenor di zaman pemerintahan Khalifah Umar
hanya ada sepersalinan pakaian sahaja hingga terpaksa cuti sehari
dalam masa sebulan untuk basuh bajunya itu

Wah...hebatkan...rasa terkena apabila mendengar kisahnya
Cuba lihat berapa banyak baju yang kita ada
Berapa banyak kasut yer di rak
Makanan setiap hari kita hebatkan
Lengkap pagi dan petang
Patutnya makanan yang hebat = berganda dakwah dan ibadah
Kenapa Dakwah dan Ibadah
Itulah tujuan manusia diciptakan
Menjadi khalifah (2:30) dan beribadah (51:56)

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (3:14).


Kalau terlalu mengutamakan dunia
Bila sahaja adanya panggilan ke arah Allah, ke arah akhirat
Kita sukar untuk menyahutnya
Panggilan kepada majlis-majlis mengingati Allah
Panggilan kepada menolong sahabat-sahabat yang memerlukan
Panggilan ke arah mengisi makanan ruh kita yang kelaparan
Semuanya terasa berat
Semuanya rasa macam teragak-agak
Berfikir dua kali
Sebab apa jadi begini
Sebab rantai-rantai dunia yang banyak dan kuat menarik kita ke bumi
Sebab keadaan yang terlalu selesa di bilik, di rumah

Oleh itu sahabat, marilah MENGUTAMAKAN AKHIRAT TAPI JANGAN LUPAKAN DUNIA (28:77)

(menasihati diri sendiri terutamanya)

Titipan Untuk Daie



'Sempitnyer jalan ke taman sana mak, sudahlah gelap, terjatuh-jatuh along tersadung ngan benda ape tah, luka kaki along, kadang-kadang terlanggar dinding la'

'Sabarlah yer along, dh nk dekat dh tu, nnt sampai taman di hujung jalan ni, mesti along rasa berbaloi sangat along bersusah payah, Allah dah cakap taman tu sangat cantik, seluas langit dan bumi (3:133), tiada tandingan dengan taman-taman yang kita dah pergi sebelum ini. Sabar yer along yer, sikit je lagi nak sampai'

Wahai daie-daie tersayang

Sikit sahaja lagi..perjalanan di dunia sangatlah singkat

Taman SYURGA itu tiada tandingan, tidak terbayang di logik akal manusia
hanya untuk hambanya yang beriman yg menjalankan PERINTAHnya meninggalkan LARANGANnya

Jadi daie-daie sekalian, takpe la kita bersusah-susah dahulu di
dunia supaya insyaAllah dengan rahmatNya dapatlah kita bersenang-senang di akhirat

"Dunia ini adalah penjara untuk orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" (Hadis)

Berusahalah daie-daie!

Reactivated

Membuka jilid 2009 yang baru insyaAllah
Walaupun sekarang dah bulan 6